Khamis, 26 Mac 2020

Catatan Pengarah BSTP KPM

Catatan Pengarah BSTP KPM
Cikgu Haji Shafruddin Ali Hussin


As salam

Work from home. part5

Cikgu tahu murid-murid masih lagi dalam tempoh cuti persekolahan yang kini dipanjangkan dan murid-murid kini berada di rumah dan berkemungkinan tercari-cari bahan-bahan pembelajaran bagi menambah ilmu pengetahuan. Bahagian cikgu ( BSTP)  ada menyediakan bahan-bahan dalam bentuk video yang boleh diakses dalam EduwebTV melalui pautan berikut:
http://eduwebtv.moe.edu.my/v1/

Selain itu, murid-murid juga boleh bertemu dan belajar dengan guru-guru hebat dan cemerlang untuk pembelajaran kendiri dari rumah melalui CikgooTube. Laman ini menghimpunkan sejumlah 6000 video pelbagai mata pelajaran, baik sekolah rendah dan sekolah menengah, mahupun kolej matrikulasi. Koleksi video CikgooTube adalah hasil kreativiti guru-guru dari seluruh negara, termasuklah guru-guru yang cemerlang dan diiktiraf di peringkat global. CikgooTube mudah diakses melalui komputer dan peranti mudah alih di pautan bit.ly/cikgootube.

Cikgu berharap murid-murid dapat manfaatkan masa yang ada di rumah dengan perkara-perkara berfaedah dan berguna untuk diri, keluarga, bangsa dan negara.
Semoga dapat dikongsi dan dimanafaatkan

 #tiadapaksaan
#tiadapermintaan
#tiadaarahan
#hanyamakluman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan