Isnin, 20 Julai 2020

KUNJUNG BANTU PPD KUALA LANGAT SERTA LAWATAN PEGAWAI JPNS

Kunjung Bantu PPD Kuala Langat
Tarikh :20.7.20
Masa :7.30- 12.30 tgh

Kunjung Bantu oleh Pasukan PPD Kuala Langat telah berlangsung dengan lancar pada hari ini.


Ucapan terima kasih kepada semua guru dan AKP, PBK serta PKK. Setiap individu ada peranan dalam kunjung bantu ini seperti kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

Guru-guru yang dicerap, diharap bertambah ilmu dalam pdpc. Secara keseluruhan, pasukan PPD Kuala Langat berpuashati dengan kerja buat semua warga jugra untuk tahun 2019 dan 2020.
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik.

Terima kasih sekali lagi untuk semua warga Jugra Juara.

Semua guru, AKP, PBK dan PKK telah berusaha menjalankan tanggungjawab dengan sedaya upaya.

Pihak SMK Jugra merakamkam jutaan penghargaan kepada pegawai PPD Kuala Langat yang telah memberi bimbingan dan teguran membina kepada sekolah.



Hari ini juga , SMK Jugra telah dilawati oleh dua orang pegawai dari JPNS unit pembelajaran Sains dan Matematik iaitu Pn. Noorulhuda dan Pn. Siti Aisyah.

Fokus lawatan pegawai tersebut ialah berkaitan SOP pembukaan semula sekolah dan perekodan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)

Semua GKMP akan membimbing guru-guru untuk melaksanakan PBD dgn lebih teratur dan benar.





Terima Kasih kepada Pn. Noorulhuda dan Pn. Siti Aisyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan