Selasa, 14 Julai 2020

Pembukaan Semula Sekolah

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

📌Info untuk panduan Ibubapa dan murid2 SMK JUGRA:

🍁SMK JUGRA memilih model 2 utk pembukaan sekolah semula fasa 2.

🍁Semua murid SMK JUGRA akan mula bersekolah pada 15.07.2020 .

🍁Ibubapa yang menghantar anak ke sekolah hendaklah memastikan keadaan anak sihat dan tidak bergejala seperti :
🌷Demam
🌷Selsema
🌷Batuk

🍁Murid akan duduk di meja yang telah dilabel nama murid sahaja.

🍁Ibubapa boleh membekalkan mask @ pelitup muka untuk anak.

🍁Ibubapa digalakkan menyediakan bekal kepada anak-anak.

🍁Jika suhu badan murid melebihi 37 C, kami akan menghubungi ibubapa untuk mengambil anak.

🍁Murid tidak dibenarkan ke kantin

🍁Guru mata pelajaran waktu pertama akan mengambil pesanan dan mengutip duit dpd murid untuk membeli makanan di kantin.

🍁Murid akan makan di dalam kelas dengan pengawasan guru matapelajaran.

🍁Murid hendaklah sentiasa menjaga penjarakan sosial semasa di sekolah.

🍁Murid hendaklah mengurangkan pergerakan keluar kelas.

🍁Tiada aktiviti Pendidikan Jasmani sepanjang PKPP.

🍁Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.

🍁Murid tidak dibenarkan memakai pakaian PJ utk ke sekolah.

🍁Murid diminta utk menggunakan kemudahan yg disediakan spt “hand sanitizer “, sabun dan paip air dengan berhati2.

🍁Murid sentiasa mengamalkan penjarakan sosial

🍁Murid dikehendaki mengikut SOP yg telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

🌺 Semoga sesi persekolahan berjalan lancar dan semua murid dapat patuhi semua arahan dpd pihak sekolah.

#KITA JAGA KITA

SMK JUGRA JUARA

“BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan