Isnin, 11 Julai 2016

PROPOSAL PEMBANGUNAN LALUAN A-F( BLOK A,D dan F)

PROPOSAL PERMOHONAN DANA WAKAF PEMBANGUNAN LALUAN A-F
(BLOK A,D dan F) TINGKAT 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


1.0 PENDAHULUAN
   
Perjalanan yang panjang akan memakan masa dan tenaga.  Sehubungan dengan itu unit keceriaan  sekolah bercadang untuk membina laluan dari blok A ke blok F, yang dikenali sebagai laluan AF untuk memudahkan murid dan guru menjalankan urusan sepanjang waktu persekolahan dengan lebih efisyen. Selain dari itu secara tidak langsung projek ini juga diharapkan dapat menghubung dan mengeratkan  tali silaturrahim antara pihak sekolah dengan bekas-bekas murid sekolah menengah Jugra dari tahun sekolah ini dibuka hingga sekarang.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

1. Memberi kemudahan kepada murid- murid  berurusan di bilik guru (blok A), blok D dan blok F.
    untuk menghantar dan mengambil buku latihan di bilik guru.
2. Menjimatkan masa pergerakan dan pemantauan guru ke kelas.
3. Memudahkan perjalanan ketika berlakunya banjir ketika musim hujan.
4. Membolehkan tindakan segera jika berlaku sesuatu kes disiplin, kecemasan dan sebagainya.

3.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK

Penasihat
:
Tn. Hj Abdul Wahid b. Takat (Pengetua SMK Jugra)

:
En. Mustafa Kamal bin Muhamed (Yang Dipertua PIBG SMK Jugra)
Penyelaras
:
Pn. Hjh Noraishah bt Sanat  (Pentadbir sekolah )
Pengerusi
:
En. Saberi bin Manaf
Naib Pengerusi
:
En. Hairul Zani bin Rahmad
Setiausaha
:
Pn. Fazlina bt Jahaya
Naib Setiausaha
:
Shamsiah bt Saidin
Bendahari
:
Pn. Norhafizah bt Ngamer
Naib Bendahari
:
Pn. Norliza bt Hairi
AJK
:
En. Ramlan b. Omar
Pn. Haslina bt Salim
En. Sahaini b. Rembon
En. Zulkifli b. Moon                   
  
4.0 BUTIRAN PROJEK

 TEMPAT     :   Kawasan di antara blok A,D dan F
 TARIKH      :   Sepanjang 2016
 SASARAN  :   Murid-murid dan guru-guru SMK Jugra

5.0 PELAKSANAAN PROJEK

Projek dijangka akan dilaksanakan dalam cuti penggal ke-2 tahun 2016

6.0 SUMBER KEWANGAN

Bil
Perkara
Jumlah
1
Alumni SPM tahun 1986  hingga 2005 = 20 batch x RM2,500
50,000
2
Guru 100  orang x RM100
10,000
3
PIBG SMK Jugra
5,000
4
Pusat zakat
5,000
5
Ibu bapa penjaga 1,700 x RM10
17,000
6
Orang perseorangan
5,000

                                                                                            Jumlah
92,000


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK
Bil
Perkara
Jumlah
1
Percetakan kad
RM 500.00
2
Cenderahati
RM 1,500.00
3
Pelan
RM 5,000.00
4
Pembinaan ( bahan + upah )
RM 84,000.00
5
Belanja Am
RM 1,000.00

                                                                                          Jumlah
Rm 92,000.00


8.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK

1. Murid - murid akan lebih selesa dengan adanya kemudahan yang disediakan.
2. Memudahkan perjalanan guru dan murid dari blok A ke blok F dan blok D
3. Memudahkan perjalanan sekiranya berlaku banjir.  


9.0 GAMBAR SEKITAR SEKOLAH

      Lihat lampiran  A

10.0 LAKARAN CADANGAN LALUAN AF

     Lihat lampiran B

11.0 PENUTUP

             Semoga usaha murni untuk membina laluan AF dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua warga SMK Jugra dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sokongan daripada Alumni, guru, ibu bapa, masyarakat dan agensi berkaitan dalam bentuk sumbangan kewangan amat dialu-alukan untuk memastikan projek ini siap dalam tempoh yang dirancang.



Lampiran A

Lampiran B


Pelan Bumbung A-F 



Surat Permohonan Kutipan Derma Alumni