Khamis, 9 Mac 2017

PELANCARAN "JOM KE SEKOLAH"



JOM KE SEKOLAH

Pada 6 Febuari 2017 telah berlangsung pelancaran " JOM KE SEKOLAH " peringkat sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Jugra. Program ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.Program ini telah dirasmikan oleh En Agos Bin Salim, Timbalan PPD, Kuala Langat. Manakala perutusan telah dibacakan oleh Wakil Pegawai Polis Banting.

Penyerahan peti aduan



Peti aduan dan cadangan murid

PENGENALAN

     Program  Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaraKementerian Pendidikan Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahaan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Membugarkan kembali penggunaan peti aduan seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 (KP(BPSH SPDK)201/005/01jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2017.