Selasa, 31 Disember 2019

Persiapan Hari Pendaftaran Tingkatan 1 2020

Persiapan untuk Hari Pendaftaran murid tingkatan 1 pada 1/1/2020  di Dewan Jugra oleh guru2 sesi petang. (31/12/2019)







Bekalan Buku Teks Tahun 2020

Aktiviti: Mengecop buku teks bekalan 2020
Lokasi: Bengkel SMK Jugra
Tarikh: 31/12/2019
Masa: 7.30- 1.00 petang






Rabu, 27 November 2019

Aktiviti Menyantuni Calon SPM 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Pentadbir dan guru-guru menyantuni 285 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di SMK Jugra. Semoga segala usaha guru-guru ini dapat  menambah keyakinan serta memberikan semangat kepada calon-calon agar mencapai keputusan yang cemerlang.



KOLEKSI GAMBAR





Isnin, 25 November 2019

PENYELENGGARAAN PA SISTEM

PENYELENGGARAAN PA SISTEM

Taklimat Penyelenggaraan setting PA sistem telah diadakan di Dewan Temasya pada 24/11/2019 hari Ahad jam 10.30 pagi. Dihadiri murid- murid media dan beberapa orang guru SMK Jugra. Penerangan secara percuma telah disampaikan oleh Mohd Hasrisan bin Hassanludin. Pihak sekolah mengucapkan Jutaan terima kasih atas sumbangan ilmu beliau untuk warga Jugra.

Aktiviti-aktiviti Murid Pendidikan Khas 2019

Perkhemahan Pengakap PPKI 2019 
Tarikh: 7 Ogos Ogos 2019 ( Rabu )
Tempat : Padang Sekolah SMK Jugra










MENAIKI ERL KE KLIA 2
Tarikh : 20 MAC 2019
Tempat : STESEN BAS SMART SELANGOR BANTING, STESEN ERL DI SALAK TINGGI & KLIA 2
TUJUAN : MEMPERKENALKAN KEPADA MURID TENTANG KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA








MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PPKI
Tarikh : 14 NOVEMBER 2019
Tempat : RESTORAN SAHA COFFEE FRUITS







Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi 
Tarikh: 27 Ogos  - 29 Ogos 2019
Tempat : PuLau Langkawi, Kedah Darul Aman







Selasa, 19 November 2019

Penyelenggaraan serta Pemasangan Komputer Baru Makmal Komputer

SMK Jugra telah menerima peruntukan bagi penyelenggaraan peralatan ICT tahun 2019. Setelah selesai proses permohonan STS (Support Ticketing System) dan pengesahan pihak pembekal, hari ini iaitu 19 November 2019 sekolah menerima penggantian 21 buah komputer, sebuah printer dan sebuah LCD projector yang telah dibuat aduan.


Semua peralatan selesai dihantar
Proses pemasangan bermula

Pemasangan mengambil masa 2-3 jam
Borang penerimaan sedia untuk ditandatangan

Peralatan siap dipasang




              

Semoga dengan pemasangan komputer baru ini akan menambahkan lagi semangat pelajar-pelajar SMK Jugra untuk belajar menggunakan teknologi yang ada.