Isnin, 12 November 2018

Sabtu, 5 Mei 2018

KABADDI SMK JUGRA TERUS MELAKAR KEJAYAAN


Tahniah dan Syabas buat semua pemain, pengurus dan jurulatih pasukan kabaddi SMK Jugra yang membawa kemenangan untuk kali ke-8 Johan keseluruhan Kuala Langat
Johan L18
Tempat ke3 L15
Naib Johan P18
Naib Johan P15





Pemain terbaik L18- Lingeswaran



TAHNIAH ATLET PPKI SMK JUGRA

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Selangor 2018
3 & 4 April 2018

kutipan pingat ppki daerah kuala langat
5 emas, 3 perak

Pelajar ppki smk jugra berjaya menyumbang 2 emas dan 2 perak

1) Faten Nadiatul Nisha
2 Emas acara lempar cakera & merejam lembing
1 Perak acara lontar peluru
2) Mohd Khuzairi
1 Perak acara lompat tinggi




Tahniah kepada semua atlet !


MSSD KUALA LANGAT - BOLA SEPAK

Pasukan bola sepak SMK Jugra juga telah berjaya mendapat Naib Johan daerah Kuala Langat.. Tahniah kepada guru dan ahli pasukan bola sepak kita.


MSSD KUALA LANGAT KRIKET

Tahniah kepada pasukan kriket SMK Jugra serta guru terlibat..
Pasukan kriket telah mendapat Naib Johan peringkat daerah Kuala Langat


Muhammad Alif Hakimi 5LN telah dipilih sebagai pembaling terbaik. Tahniah


Jumaat, 20 April 2018

Rabu, 18 April 2018

Frogplay World Championships are back

Salam Sejahtera semua..

Mari sertai frogplay world championship yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 31 mei 2018..




Apa yang perlu anda lakukan..senang sahaja hanya perlu login vle dan play game sambil menjawab quizzes...








Selasa, 20 Mac 2018

Laluan A-F SMK Jugra

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Perhatian kepada semua warga ALUMNI dan sesiapa sahaja yang masih memegang resit kutipan DANA Laluan A-F, sila serahkan kepada pihak sekolah. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. TERIMA KASIH diucapkan kepada semua atas sumbangan dan kerjasama anda.

Gambar terkini laluan A-F yang telah siap pandangan dari kiosk SMK JUGRA


Pihak sekolah amat berharap resit-resit yang masih dipegang dapat diserahkan kembali dengan kadar segera..Terima kasih

Selasa, 13 Februari 2018

PASUKAN RAGBI BWH 15

Alhamdulillah dan tahniah kpd pasukan ragbi bwh 15 tahun kerana berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat negeri MSSS pada 5-7 mac di politeknik shah alam....

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Hamidah dan En. Ramlan kerana banyak membantu dalam menguruskan pasukan ragbi....

Doakan juga utk kejayaan pasukan ragbi SMK Jugra bwh 18 tahun esok utk  meneruskan cabaran...
Terima Kasih semua..
          
En. Zulhusni....

Isnin, 12 Februari 2018

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWASAN 2018


PASUKAN BOLA BALING SMKJ

Pada 6 - 7 Febuari telah berlangsung Kejohanan Bola Baling di antara sekolah-sekolah peringkat daerah Kuala Langat (MSSD).
Tahniah buat pasukan bola baling SMK JUGRA yang telah memenangi

1. Johan kategori perempuan bwh 18
2. Tempat ke-3 lelakk bwh 18

Selasa, 6 Februari 2018

PASUKAN PING PONG SMK JUGRA

Tahniah buat pasukan ping pong di atas kejayaan yang dicapai.

Pencapaian Pasukan Ping Pong Smk Jugra

1)Tempat Ke-3 Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun-
    Hong Wan Shin 5SN

2)Tempat Ke-3 Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun-
    Hong Wan Kian 2A

3)Tempat Ke-3 Bergu Perempuan Bawah 18 Tahun-
    Hong Wan Shin 5SN dan
    Ong Ying Shuen 4SN

4)Hong Wan Shin 5SN
Wakil Daerah K.Langat Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun

Ahad, 7 Januari 2018

Laluan A-F telah siap sepenuhnya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Dengan izin-Nya, laluan A-F yang dirancang telahpun siap sepenuhnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SMK Jugra, PIBG, ALUMNI Smk Jugra dan sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan. Hanya Allah yang dapat membalas segala sumbangan anda.

Pandangan dari bilik guru

Kelihatan blok F dari blok A

Pintu masuk ke bilik guru

TN.PENGETUA:
Dandan Ilmu ...untuk semua yang mencintai pendidikan yang menyemai ilmu...menanam nilai...dan menggilap kemahiran anak didiknya....

Majlis perasmian insya-Allah akan diadakan nanti..