Tempat mengambil wudhu' bagi pelajar lelaki dibina bagi memudahkan urusan guru dan pelajar khususnya pelajar lelaki untuk solat. Gambar-gambar di bawah memaparkan situasi pembinaan tempat wudhu' yang hampir siap.
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang sama ada dalam bentuk wang, bahan, sokongan moral dan doa. Didoakan tuan puan diluaskan rezeki yang halal dan berkat oleh yang Maha Esa. Aamiin
Selasa, 24 Oktober 2017
Laluan A-F SMK Jugra
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang sama ada dalam bentuk wang, bahan, sokongan moral dan doa. Didoakan tuan puan diluaskan rezeki yang halal dan berkat oleh yang Maha Esa. Aamiin
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Laluan A-F SMK Jugra.
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang sama ada dalam bentuk wang, bahan, sokongan moral dan doa. Didoakan tuan puan diluaskan rezeki yang halal dan berkat oleh yang Maha Esa. Aamiin
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Laluan A-F SMK Jugra.
Khamis, 17 Ogos 2017
Pembinaan Laluan A-F sedang dijalankan
Untuk pengetahuan semua, pembinaan laluan Blok A-F yang dirancang telah mula dijalankan.
Pihak sekolah menjangkakan Laluan A-F ini akan siap di penghujung tahun ini.
Dengan sumbangan orang ramai kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan.
Pihak sekolah menjangkakan Laluan A-F ini akan siap di penghujung tahun ini.
Perbincangan dan pemantauan kawasan |
Kerja permulaan sedang dijalankan |
Kerja-kerja pemasangan tiang bermula |
Pemandangan dari tingkat 2 blok F |
Kawasan pembinaan Laluan A-F |
Dengan sumbangan orang ramai kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan.
Jumaat, 28 April 2017
Rabu, 26 April 2017
Ceramah Israk Mikraj
Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah
Ceramah sempena peristiwa israk Mikraj disampaikan oleh PU Johani pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rehab 1438 bertajuk "Akhlak Mulia Melahirkan Generasi Bertakwa" bertempat di Dewan Temasya, SMK Jugra.
Ceramah sempena peristiwa israk Mikraj disampaikan oleh PU Johani pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rehab 1438 bertajuk "Akhlak Mulia Melahirkan Generasi Bertakwa" bertempat di Dewan Temasya, SMK Jugra.
Khamis, 9 Mac 2017
PELANCARAN "JOM KE SEKOLAH"
JOM KE SEKOLAH
Pada 6 Febuari 2017 telah berlangsung pelancaran " JOM KE SEKOLAH " peringkat sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Jugra. Program ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.Program ini telah dirasmikan oleh En Agos Bin Salim, Timbalan PPD, Kuala Langat. Manakala perutusan telah dibacakan oleh Wakil Pegawai Polis Banting.
Penyerahan peti aduan
Peti aduan dan cadangan murid
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaraKementerian Pendidikan Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahaan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membugarkan kembali penggunaan peti aduan seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 (KP(BPSH SPDK)201/005/01jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2017.
Selasa, 21 Februari 2017
SUMBANGAN PROJEK PEMBINAAN LALUAN A-F SMK JUGRA
Pihak PIBG SMK Jugra mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk membina Laluan A-F.
Oleh kerana wakaf termasuk infaq fi sabilillah, maka dasar yang digunakan para ulama dalam menerangkan konsep wakaf ini didasarkan pada keumuman ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang infaq fi sabilillah. Di antara ayat-ayat tersebut antara lain:
“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Q.S. al-Baqarah (2): 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian dari apa yang kamu cintai.” (Q.S. Ali Imran (3): 92)
Ayat-ayat tersebut di atas menjelaskan tentang anjuran untuk menginfakkan harta yang diperoleh untuk mendapatkan pahala dan kebaikan. Di samping itu, ayat 261 surat al-Baqarah telah menyebutkan pahala yang berlipat ganda yang akan diperoleh orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah.
Jumaat, 13 Januari 2017
PROGRAM BICARA PRESTASI 2017
PROGRAM BICARA PRESTASI
OBJEKTIF PROGRAM
- Program ini adalah untuk menyedarkan ibu bapa dan penjaga akan kepentingan perjumpaan dengan guru dan pentadbir untuk mendapatkan maklumat prestasi akademik dan sahsiah diri anak-anak.
- selain itu, program ini adalah untuk menyedarkan ibu bapa dan penjaga tentang peranan mereka untuk memberikan suntikan semangat kepada anak-anak memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM 2017.
Semua ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir.
Langgan:
Catatan (Atom)