Isnin, 20 Julai 2020

KUNJUNG BANTU PPD KUALA LANGAT SERTA LAWATAN PEGAWAI JPNS

Kunjung Bantu PPD Kuala Langat
Tarikh :20.7.20
Masa :7.30- 12.30 tgh

Kunjung Bantu oleh Pasukan PPD Kuala Langat telah berlangsung dengan lancar pada hari ini.


Ucapan terima kasih kepada semua guru dan AKP, PBK serta PKK. Setiap individu ada peranan dalam kunjung bantu ini seperti kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

Guru-guru yang dicerap, diharap bertambah ilmu dalam pdpc. Secara keseluruhan, pasukan PPD Kuala Langat berpuashati dengan kerja buat semua warga jugra untuk tahun 2019 dan 2020.
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik.

Terima kasih sekali lagi untuk semua warga Jugra Juara.

Semua guru, AKP, PBK dan PKK telah berusaha menjalankan tanggungjawab dengan sedaya upaya.

Pihak SMK Jugra merakamkam jutaan penghargaan kepada pegawai PPD Kuala Langat yang telah memberi bimbingan dan teguran membina kepada sekolah.



Hari ini juga , SMK Jugra telah dilawati oleh dua orang pegawai dari JPNS unit pembelajaran Sains dan Matematik iaitu Pn. Noorulhuda dan Pn. Siti Aisyah.

Fokus lawatan pegawai tersebut ialah berkaitan SOP pembukaan semula sekolah dan perekodan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)

Semua GKMP akan membimbing guru-guru untuk melaksanakan PBD dgn lebih teratur dan benar.





Terima Kasih kepada Pn. Noorulhuda dan Pn. Siti Aisyah.

Rabu, 15 Julai 2020

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


SELAMAT KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID.

Terus ikuti Garis Panduan yang disediakan.

Garis Panduan ini boleh dimuat turun di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini

www.moe.gov.my
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia






Pemberitahuan Pembukaan Sekolah


Selasa, 14 Julai 2020

Pembukaan Semula Sekolah

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

📌Info untuk panduan Ibubapa dan murid2 SMK JUGRA:

🍁SMK JUGRA memilih model 2 utk pembukaan sekolah semula fasa 2.

🍁Semua murid SMK JUGRA akan mula bersekolah pada 15.07.2020 .

🍁Ibubapa yang menghantar anak ke sekolah hendaklah memastikan keadaan anak sihat dan tidak bergejala seperti :
🌷Demam
🌷Selsema
🌷Batuk

🍁Murid akan duduk di meja yang telah dilabel nama murid sahaja.

🍁Ibubapa boleh membekalkan mask @ pelitup muka untuk anak.

🍁Ibubapa digalakkan menyediakan bekal kepada anak-anak.

🍁Jika suhu badan murid melebihi 37 C, kami akan menghubungi ibubapa untuk mengambil anak.

🍁Murid tidak dibenarkan ke kantin

🍁Guru mata pelajaran waktu pertama akan mengambil pesanan dan mengutip duit dpd murid untuk membeli makanan di kantin.

🍁Murid akan makan di dalam kelas dengan pengawasan guru matapelajaran.

🍁Murid hendaklah sentiasa menjaga penjarakan sosial semasa di sekolah.

🍁Murid hendaklah mengurangkan pergerakan keluar kelas.

🍁Tiada aktiviti Pendidikan Jasmani sepanjang PKPP.

🍁Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.

🍁Murid tidak dibenarkan memakai pakaian PJ utk ke sekolah.

🍁Murid diminta utk menggunakan kemudahan yg disediakan spt “hand sanitizer “, sabun dan paip air dengan berhati2.

🍁Murid sentiasa mengamalkan penjarakan sosial

🍁Murid dikehendaki mengikut SOP yg telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

🌺 Semoga sesi persekolahan berjalan lancar dan semua murid dapat patuhi semua arahan dpd pihak sekolah.

#KITA JAGA KITA

SMK JUGRA JUARA

“BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU”


Selasa, 7 Julai 2020

Program Norma Baharu Warga Jugra Berilmu (Jiwaku Tenang Hidupku Harmoni)




Mulai 3 Julai 2020 SMK Jugra akan mengadakan Program Norma Baharu Warga Jugra Berilmu. Program ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta kefahaman murid dan warga SMK Jugra melalui siaran langsung di youtube. Siaran ini juga boleh diulang tayang di channel youtube TV Temasya.

Jiwaku Tenang Hidupku Harmoni adalah aktiviti pertama di bawah program norma baharu tersebut. Pada hari jumaat lepas, aktiviti ini dimulakan dengan bacaan yasin oleh Ustaz A Raman Mohd Amin dan diikuti dengan sedikit tazkirah oleh Ustazah Noraini Shaharuddin.

Beikut adalah video siaran ulangan yang boleh dilayari melalui youtube TV Temasya.



https://youtu.be/bllLq1w1Pxs

Program Al-Quran Di Hatiku Siri 1 (Surah Al-Fatihah)



Pada 18 Jun 2020 bersamaan hari Khamis, SMK Jugra telah menganjurkan satu program secara dalam talian yang bersiaran secara langsung di youtube. Program ini bertujuan untuk membolehkan murid, guru serta masyarakat mempelajari ilmu Al-quran dan memahami tafsirnya. Program yang berkonsepkan tadabbur al-quran ini dianjurkan oleh PPIM, Persatuan Agama Islam, Unit Kokurikulum dan PIBG SMK Jugra dengan kerjasama Edidik.


Berikut adalah video siaran ulangan di youtube yang boleh dilayari :


https://youtu.be/FRO5Ag39beA

Seramai 485 orang peserta telah menyertai program ini dan mendapat sijil daripada pihak penganjur SMK Jugra. Contoh sijil yang peserta perolehi adalah seperti berikut :