Selasa, 7 Julai 2020

Program Norma Baharu Warga Jugra Berilmu (Jiwaku Tenang Hidupku Harmoni)




Mulai 3 Julai 2020 SMK Jugra akan mengadakan Program Norma Baharu Warga Jugra Berilmu. Program ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta kefahaman murid dan warga SMK Jugra melalui siaran langsung di youtube. Siaran ini juga boleh diulang tayang di channel youtube TV Temasya.

Jiwaku Tenang Hidupku Harmoni adalah aktiviti pertama di bawah program norma baharu tersebut. Pada hari jumaat lepas, aktiviti ini dimulakan dengan bacaan yasin oleh Ustaz A Raman Mohd Amin dan diikuti dengan sedikit tazkirah oleh Ustazah Noraini Shaharuddin.

Beikut adalah video siaran ulangan yang boleh dilayari melalui youtube TV Temasya.



https://youtu.be/bllLq1w1Pxs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan